Tuesday, January 5, 2010

MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH DESA CEMERLANG NEGERI PERAK 2009

Majlis Penyampaian Anugerah Desa Cemerlang Peringkat Negeri Perak Tahun 2009 pada tarikh 27.12.2009 bertempat di Padang Bandaran MPT Kg Jelai Batu Kurau telah mendatangkan kesan yang baik pada penduduk-penduduk seluruh negeri Perak. Dalam ucapan yang telah disampaikan oleh YB Dato’ Haji Saarani bin Hj Mohammad selaku Pengerusi Jawatankuasa Induk Anugerah Desa Cemerlang Peringkat Negeri Perak tahun 2009 YB menyatakan penghargaan bagi setiap individu serta patut merasakan syukur kerana adanya kampung. Setiap penduduk haruslah menjadikan pertandingan ini sebagai pertandingan yang sihat. Sebagai orang yang ada kampung hendaklah beri peluang dan ruang pada seluruh pemimpin masyarakat untuk menjadikan kampung mereka ini indah. Berikan peluang pada sesiapa sahaja yang tinggal di kampung ini untuk mencurahkan fikiran untuk mencantikkan suasana kampung. YAB Dato’ Seri Dr Zambry bin Abd Kadir Menteri Besar Perak pula dalam ucapannya mengatakan bahawa Kampung Jelai yang mendapat Johan ini adalah merupakan kampung indah yang mewakili seluruh Negeri Perak. Kampung Jelai ini sudah menjadi milik seluruh penduduk di Negeri ini YAB Dato’ Dr Zambry mengharapkan agar Kg Jelai akan muncul sebagai Johan pada peringkat Kebangsaan nanti. Kita hendaklah membuat persiapan dari sekarang. Kerajaan Negeri akan membuat penambahan peruntukan sebanyak RM 50,000.00 pada Kampung Jelai. Katanya lagi, Kita bukan sahaja nak melihat satu pembaharuan bahkan kita nak lihat satu perubahan akan dibuat oleh seluruh penduduk kampung ini. Kita patut merasa bangga kerana apa yang di bandar sudah pun ada di kampung kita. YAB juga menambah selepas ini semua ADUN perlu bekerja keras lagi. Kita janganlah nak fikir untuk menyelesaikan masalah rakyat di waktu hampir pilihanraya sahaja. Apa yang sudah dilakukan oleh pihak KEMAS adalah adalah satu contoh yang baik kerana mereka dah mula bekerja waktu awal-awal lagi. YAB juga mengatakan yang beliau akan memantau kerja yang dilakukan pada setiap waktu dan ketika

No comments:

Post a Comment