Tuesday, January 5, 2010

MAJLIS PENERANGAN ISU-ISU SEMASA





MAJLIS PENERANGAN ISU-ISU SEMASA anjuran Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Lenggong yang telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato’ Shamsul Anuar Nasarah pada 29.12.2009 jam 2.30 petang bertempat di Kolej Komuniti Gerik telah dihadiri oleh seramai 254 orang peserta. Turut hadir ialah Saudara Bakri Adam Ketua UMNO Zon Gelok dan Haji Muhammad bin Wahab, Ketua UMNO Zon Raban. Dalam ucapan YB Perasmiannya YB Dato Shamsul Anuar telah memamklumkan bahawa UMNO adalah parti yang bukan bergerak untuk membalas dendam. Dalam keadaan Lenggong di landa banjir baru-baru ini, bantuan mangsa banjir kita agihkan pada semua tak kira mereka yang dilanda banjir itu menyokong parti apa. Semuanya kita beri.

Yang Berbahagia Dato Shahbuddin bin Hassan Mantan Pengarah BTN Perak dalam ucapan Penerangan Isu semasa telah memberi penerangan panjang lebar mengenai mengapa orang melayu walaupun yang berasal dari Pulau Jawa, dari Indonesia malah ada yang datang dari Filipina yang telah menetap lama di Tanah Melayu adalah tidak digolongkan sebagai kaum pendatang. Yang Berbahagia Dato’ juga telah memberi kefahaman pada para hadirin betapa pentingnya kita sebagai orang melayu memberi sokongan penuh pada UMNO iaitu satu-satunya parti yang ingin mengekalkan perjuangan tulin bangsa melayu dimana UMNO lah yang telah ditafsirkan sebagai parti yang akan terus mebangunkan serta yang dipertanggungjaawabkan memelihara budaya serta adat resam melayu darhulu kala sehingga ke akhir zaman. Sekiranya UMNO akan dilenyapkan bermakna hilanglah ketulenan Melayu di dunia ini. Peserta yang mengambil bahagian dalam Seminar ini adalah terdiri dari pemimpin wanita-wanita di peringkat Cawangan serta AJK Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Lenggong.

No comments:

Post a Comment