Sunday, February 7, 2010

YB Dato Shamsul menziarah 3 beradik yang tinggal bersama bapa saudara

Kelihatan Yang Berbahagia Tuan Syed Idris bin Syed Abd Hamid, Ketua Cawangan Kuak yang juga Pengerusi JKKK sedang memberi taklimat pada para hadirin mengenai 3 beradik itu.

Kunjungan menemui anak yang dipeliharan oleh bapa saudara



Penglibatan Dato’ Shamsul Anuar Hj Nasarah dengan kunjungan orang sudah ke Dewan Orang Ramai Pekan Kuak pada 15.1.2010 bertujuan menghadiri majlis pemberian bantuan Bantuan oleh YB Dato` Shamsul Anuar bin Hj Nasarah serta penduduk di Kuak terhadap Encik Mohd Zaki Bahari yang telah mengambil berat untuk memelihara anak saudara isterinya. 3 orang anak saudara yang telah diambil sendiri di Sauk itu ialah Mohd Shah faiz Badri hisham 13 tahun, Mohd azrul hisham 11 dan Mohd zaidi badri hisham berumur 8 tahun. Pada hari tersebut Tuan Syed Idris bin Syed Abd Hamid selaku Bendahari Komuniti Bestari telah mengeluarkan perbelanjaan pakaian sekolah manakala YB Dato’ Shamsul Anuar menghulurkan secara peribadi wang saku sekolah untuk anak-anak tersebut.Kelihatan Tuan Syed Idris bin Syed Abdul Hamid sedang memberikan taklimat pada Dato` Shamsul Anuar

Majlis Karnival Belia 2010 di Kampung Luat





Perhimpunan Belia sempena Majlis Karnival Belia 2010 di Pusat Rekreasi Kampung Luat, Lenggong, 33400 Lenggong, Perak selah berlangsung pada 2.1.2010.
Ekspedisi Belia 1 Malaysia telah dihadiri oleh lebih dari 1000 para hadirin yang telah berkumpul sejak dari pagi sehingga ke petang. Acara menarik yang telah diadakan ialah konvoi motosikal serta motokar. Amir UK penduduk asal Kg Luat telah menghiburkan dengan mendendangkan beberapa lagu dari albumnya. Dato' Syamsul telah memberi ucapan perasmian dalam majlis itu
AJK UMNO Bahagian yang turut hadir ialah En. Mohd Ghazali, Tuan Hj Mohd Rafdi Mohd Noor selaku Pengerusi JKK yang juga Setiausaha UMNO Bahagian, Tuan Haji Muhammad bin Wahab AJK Bahagian yang juga Bloggers, Encik Redzuan Amir Hamzah, AJK Bahagian yang juga Pengerusi Belia Lenggong serta AJK Pergerakan Pemuda, AJK Pergerakan Wanita dan juga AJK Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Lenggong

Tuesday, January 5, 2010

MAJLIS PENERANGAN ISU-ISU SEMASA





MAJLIS PENERANGAN ISU-ISU SEMASA anjuran Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Lenggong yang telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato’ Shamsul Anuar Nasarah pada 29.12.2009 jam 2.30 petang bertempat di Kolej Komuniti Gerik telah dihadiri oleh seramai 254 orang peserta. Turut hadir ialah Saudara Bakri Adam Ketua UMNO Zon Gelok dan Haji Muhammad bin Wahab, Ketua UMNO Zon Raban. Dalam ucapan YB Perasmiannya YB Dato Shamsul Anuar telah memamklumkan bahawa UMNO adalah parti yang bukan bergerak untuk membalas dendam. Dalam keadaan Lenggong di landa banjir baru-baru ini, bantuan mangsa banjir kita agihkan pada semua tak kira mereka yang dilanda banjir itu menyokong parti apa. Semuanya kita beri.

Yang Berbahagia Dato Shahbuddin bin Hassan Mantan Pengarah BTN Perak dalam ucapan Penerangan Isu semasa telah memberi penerangan panjang lebar mengenai mengapa orang melayu walaupun yang berasal dari Pulau Jawa, dari Indonesia malah ada yang datang dari Filipina yang telah menetap lama di Tanah Melayu adalah tidak digolongkan sebagai kaum pendatang. Yang Berbahagia Dato’ juga telah memberi kefahaman pada para hadirin betapa pentingnya kita sebagai orang melayu memberi sokongan penuh pada UMNO iaitu satu-satunya parti yang ingin mengekalkan perjuangan tulin bangsa melayu dimana UMNO lah yang telah ditafsirkan sebagai parti yang akan terus mebangunkan serta yang dipertanggungjaawabkan memelihara budaya serta adat resam melayu darhulu kala sehingga ke akhir zaman. Sekiranya UMNO akan dilenyapkan bermakna hilanglah ketulenan Melayu di dunia ini. Peserta yang mengambil bahagian dalam Seminar ini adalah terdiri dari pemimpin wanita-wanita di peringkat Cawangan serta AJK Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Lenggong.

MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH DESA CEMERLANG NEGERI PERAK 2009





Anak-anak muda di kampung Jelai dalam melakukan pencak silat sebagai pembuka tirai majlis ini. Kelihatan Dato Haji Saarani berbual dengan VIP sementara menunggu ketibaan YAB Dato' Seri Zambri Abd Kadir. Sementara gambar seterusnya menunjukkan Dato' Seri Zambri berdiri dengan gagah berucap walaupun hujan rahmat telah mulai turun. YAB tergesa-gesa bergegas ke majlis ini setelah meninggalkan majlis di Lumut. Begitulah ketangkasan seorang pemimpin.

YAB Dato' Seri Zambri melepaskan belon sebagai gimik perasmian manakala gambar terakhir Encik Aziz dari Kampung Beng menerima hadiah sebagai pemenang tempat ke tiga. Kampung Beng yang terletak dalam DUN Kota Tampan telah mendapat tempat ketiga dalam peringkat Daerah Hulu Perak.

MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH DESA CEMERLANG NEGERI PERAK 2009

Majlis Penyampaian Anugerah Desa Cemerlang Peringkat Negeri Perak Tahun 2009 pada tarikh 27.12.2009 bertempat di Padang Bandaran MPT Kg Jelai Batu Kurau telah mendatangkan kesan yang baik pada penduduk-penduduk seluruh negeri Perak. Dalam ucapan yang telah disampaikan oleh YB Dato’ Haji Saarani bin Hj Mohammad selaku Pengerusi Jawatankuasa Induk Anugerah Desa Cemerlang Peringkat Negeri Perak tahun 2009 YB menyatakan penghargaan bagi setiap individu serta patut merasakan syukur kerana adanya kampung. Setiap penduduk haruslah menjadikan pertandingan ini sebagai pertandingan yang sihat. Sebagai orang yang ada kampung hendaklah beri peluang dan ruang pada seluruh pemimpin masyarakat untuk menjadikan kampung mereka ini indah. Berikan peluang pada sesiapa sahaja yang tinggal di kampung ini untuk mencurahkan fikiran untuk mencantikkan suasana kampung. YAB Dato’ Seri Dr Zambry bin Abd Kadir Menteri Besar Perak pula dalam ucapannya mengatakan bahawa Kampung Jelai yang mendapat Johan ini adalah merupakan kampung indah yang mewakili seluruh Negeri Perak. Kampung Jelai ini sudah menjadi milik seluruh penduduk di Negeri ini YAB Dato’ Dr Zambry mengharapkan agar Kg Jelai akan muncul sebagai Johan pada peringkat Kebangsaan nanti. Kita hendaklah membuat persiapan dari sekarang. Kerajaan Negeri akan membuat penambahan peruntukan sebanyak RM 50,000.00 pada Kampung Jelai. Katanya lagi, Kita bukan sahaja nak melihat satu pembaharuan bahkan kita nak lihat satu perubahan akan dibuat oleh seluruh penduduk kampung ini. Kita patut merasa bangga kerana apa yang di bandar sudah pun ada di kampung kita. YAB juga menambah selepas ini semua ADUN perlu bekerja keras lagi. Kita janganlah nak fikir untuk menyelesaikan masalah rakyat di waktu hampir pilihanraya sahaja. Apa yang sudah dilakukan oleh pihak KEMAS adalah adalah satu contoh yang baik kerana mereka dah mula bekerja waktu awal-awal lagi. YAB juga mengatakan yang beliau akan memantau kerja yang dilakukan pada setiap waktu dan ketika

KENDURI PERKAHWINAN ANAK YB DATO SAARANI MOHD



YB Dato’ Saarani bin Hj Mohamad dan isterinya Datin Aezer Binti Zubin sibuk melayan tetamu jemputan sempena perkahwinan anakanda mereka Nur Baiti binti Saarani dan Mohd Yusri bin Jumani pada 19.12.2009
Dianggarkan lebih dari 20,000.00 yang hadir dalam majlis ini walaupun hujan mulai turun sejak jam 12.00 t.h sehingga 3.00 petang