Sunday, April 18, 2010

warga emas di kampung kuak, lenggong hilang





Muhammad bin Wahab Ketua UMNO Zon Raban.
Boleh hubungi saya 0134081200 jika menjumpai warga emas yang hilang itu



Kenderaan orang ramai serta PDRM yang turut mencari

Seorang warga emas yang hilang itu adalah dari kumpulan wanita yang tertua di kampung kuak. Aminah bt Md Sharip itu adalah berasal dari Kg Beng dan telah menetap di kampung Danglang Kuak. Gerakan mencarinya selama 2 hari bersama unit khas PDRM namun masih belum dijumpai. Andaian orang kampung dia hilang di hutan, tapi tidak mustahil dia boleh hilang dalam bandar. Justeru itu UMNO Zon Raban menyeru kiranya ada sesiapa yang terjumpa atau terserempak dengan beliau agar menghubungi pihak polis.

Wednesday, April 14, 2010

Sekitar Pilihanraya Kecil Hulu Selangor





13.4.2010 Menteri Besar Perak, Dato' Seri Dr. Zambry Abdul Kadir telah menghadiri majlis suaikenal jentera Perhubungan Umno Perak di empat daerah mengundi dalam kawasan Pilihanraya Kecil P094 Hulu Selangor.
Tujuan majlis ini adalah sebagai perkenalkan bapa-bapa angkat (Negeri, Ahli Majlis Tertinggi, Menteri dan Bahagian) serta ibu angkat (Wanita), abang angkat (Pemuda) dan adik angkat (Puteri).

14.4.2010 Upacara Pelancaran Jentera BN Negeri Perak telah diadakan di Dewan Tan
Seri Ghazali Jawi Slim River. Majlis telah dimulakan dengan ucapan wakil
setiap parti komponen BN. Dr. mewakili MCA, pemimpin MIC, Gerakan dan juga mewakili pemimpin PPP ialah dari kaum wanita.

Dr Zambry telah berucap dengan berapi-rapi dalam majlis tersebut. Semuanya untuk memastikan jentera pilihanraya Kecil P094 Hulu Selangor menang dengan cemerlang.

Kampung yang berdekatan dengan sempadan Negeri Perak di hadiri bersama oleh Ketua UMNO Cawangan dari Kampung Serigala dalam daerah mengundi Sungai Selisek dan Kampung Gesir Tengah

Majlis yang diadakan serentak di semua 47 daerah mengundi itu bertujuan bagi memperkenalkan bapa-bapa angkat (Negeri, Ahli Majlis Tertinggi, Menteri dan Bahagian) serta ibu angkat (Wanita), abang angkat (Pemuda) dan adik angkat (Puteri).

Negeri Perak diamanahkan menjadi bapa angkat di daerah mengundi Kawasan SKC, Ladang Lima Belas, Gedangsa, Sungai Selisek dan Kampung Gesir.

Kunjungan Dr. Zambry bermula di SKC Jaya pada jam 9.00 malam dan berakhir di Gedangsa pada jam 11.45 malam. Beliau juga telah berada di Kampung Serigala dalam daerah mengundi Sungai Selisek dan Kampung Gesir Tengah.

Dalam ucapannya Dr. Zambry berkata kehadiran jentera pilihanraya BN Negeri Perak adalah bertujuan untuk membantu jentera pilihanraya setempat bagi mencapai kemenangan dalam PRK P094 Hulu Selangor.

Jentera BN Negeri Perak akan turun sepenuhnya pada 14 April nanti.

Dato’ Seri Dr. Zambry memaklumkan bahawa Perak telah dipertanggungjawabkan untuk memantau cawangan Umno dalam ketiga-tiga sub-zon berkenaan. Lima cawangan terletak dalam Zon 2A iaitu Kampung Seri Keledang, Alah Batu, Ladang Lima Belas, Changkat Bintang dan SKC Jaya. Lima cawangan dalam Zon 2B iaitu Gedangsa, Kampung Bahagia, Kampung Rahmat, Kampung Keliling dan Kampung Seberang. Tujuh cawangan pula dalam Zon 2C iaitu Sungai Selisek, Kampung Sekolah, Kampung Sungai Nilam, Kampung Serigala, Gesir, Kampung Lalang dan Kampung Tersusun.

GEGAR ! ! ! GEMPUR !! !