Tuesday, February 9, 2010

Ceramah Isu-isu semasa anjuran War Room Parlimen Lenggong

Penerangan Isu-isu semasa dari War Room Lenggong untuk penduduk Kampung Sumpitan pada 15 Feb 9. 00 malam, Datuk Syamsul Anuar membangkitkan pihak pembangkang menuduh umno kroni. Tetapi pihak pembangkang silap sebenarnya kita telah buat kerja. Ada sebanyak 700ekar kita usahakan untuk lading bioteknologi park dengan melibatkan Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perak. Ada sebanyak 6 buah kedai kita roboh tapi kita bangunkan sebanyak 10 buah kedai lagi di Luat

Dato’ Haji Mohd Tarmizi Idris, berkata baru-baru ini dia mengikut satu rombongan bersama Mufti di Timur Tengah. Dato HarunSani berkata beliau telah memberi bantuan sebanhyak RM 7 ribu kepada setiap pelajar yang belajar di sana.

Dato Hj Saarani.Ketua Bahagian Lenggong berkata bahawa ramai orang dok gadoh pilihanraya dah dekat ke Dato’. Saya (Dato Saarani berkata piliharaya lambat lagi. Yang kita dok adakan sekarang ni hanya untuk beramah untuk betulkan fitnah. Hati kena bersih. Hati bersih bukan diukur pada serban. Jubah. Bersihkan hati dulu.Jangan tuding jari pada oran lain dia buat hati. Dia tak Nampak. Dia (Pembangkan) tu lalu jalan jalan lurus buatan BN. Jambatan luat tu kita bina untuk beri kemudahan orang Luat. Dia tak pernah bawa bersukur. Manusia fasiq sahaja yang suka buat cerita bohong.g. Depa dok tibei kita pasai itu lha kita kena buat ceramah. Bukan pasal pilihanraya dah dekat. tibel kita tu yang kena buat ceramah.

Ustaz Kamal b Saidin dalam ceramahnya berkata kita patut bershukur. Cuba lihat isteri kita mengandung, Dengan kerana BN lah kita boleh hantar isteri kita bersalin dengan selesa di hospital. Bercakap mengenai kerja, kerajaan dok beri anak kita belajar percuma di sekolah dari mula masuk bangku sekolah tadika sehingga Univesiti berapa banyak dia belanja. Tak kurang dari 700,000 Ringgit kerajaan habis. Lepas keluar U beri kerja pula. Lepas tu dia kata kerajaan zalim.

Depa menang berapa kerusi tu betul-betul kerana jual agama. Mana tidaknya dia dok jaja rata kata jika sokong pas masuk syurga. Lepas tu dia tutuh rasuah. Itu sebab nya depa boleh menang.

Saya nak cerit ajika kita buka kitab, nak masuk surga adalah dengan rahmat Allah. Yang eepa dok ajak orang benci tu nak dapat rahmat apa. Kesian orang kampung kena tipu undilah pas kerana nak masuk syurta. Tu tentang syurga. Bercakap mengenai masjjid pula tengok perangai depa. Masa sembahyang dok berebut nak jadi imam. Pasai apa Pasai boleh dapat elaun.

Penerangan isu – isu semsa juga membariskan penceramah yang sama yang diadakan di
Pada 16.2.2010 di Kg Pecah Batu, Lenggong

Antara yang hadir di Ceramah Isu semasa di Kpg Sumpitan.


Ustaz Kamal Saidin semasa berceramah di Sumpitan
Dato’ Haji Saarani Mohd, ADUN Kota Tampan yang juga Ketua UMNO Bahagian Lenggong tidak melepaskan peluang untuk menyahut pada para hadirin agar menyusun semula ikatan yang telah renggang serta bersatu untuk perjuangan akan datang agar anak cucu kita yang akan datang tidak menyalahkan kita

Diantara hadirin yang turut hadir. Tidak kurang juga diantara hadirin yang hadir itu adalah penyokong dari Parti Pembangkang.


Dari kiri YB Toh Syahbandar Ulu, Dato’ Haji Termizi Idris, Dato’ Haji Saarani MOhd, Ustaz Kamal Saidin dan Dato Syamsul Anuar sedang menyiapkan Nota masing-masing untuk di beri ucapan semasa ceramah diadakan nanti.



Al-ustaz Zaini dari Kampung Luat memulakan Majlis dengan mengetuai bacaan doa.
Pada 17.1.2010 War Room Parlimen Lenggong telah mengadakan Ceramah Isu Semasa untuk memberi penerangan sejelas-jelasnya akan tohamahan pembangkang dalam beberapa siri ceramah anjuran mereka pada beberapa hari sebelumnya. Dato’ Shamsul Anuar, Ahli Parlimen Lenggong telah memberi penjelasan betapa penting dan perhatian oleh Wakil Rakyat UMNO untuk menggiatkan dalam pembinaan jalan serta kemudahan lain terhadap rakyat.

Cikgu Zaidi, selaku Pengerusi Majlis pada malam tersebut tidak melepaskan peluang untuk mengupas serta menjelaskan konsep perjuangan UMNO tidak di ubah seperti pada matlamat asal.



Sunday, February 7, 2010

YB Dato Shamsul menziarah 3 beradik yang tinggal bersama bapa saudara

Kelihatan Yang Berbahagia Tuan Syed Idris bin Syed Abd Hamid, Ketua Cawangan Kuak yang juga Pengerusi JKKK sedang memberi taklimat pada para hadirin mengenai 3 beradik itu.

Kunjungan menemui anak yang dipeliharan oleh bapa saudara



Penglibatan Dato’ Shamsul Anuar Hj Nasarah dengan kunjungan orang sudah ke Dewan Orang Ramai Pekan Kuak pada 15.1.2010 bertujuan menghadiri majlis pemberian bantuan Bantuan oleh YB Dato` Shamsul Anuar bin Hj Nasarah serta penduduk di Kuak terhadap Encik Mohd Zaki Bahari yang telah mengambil berat untuk memelihara anak saudara isterinya. 3 orang anak saudara yang telah diambil sendiri di Sauk itu ialah Mohd Shah faiz Badri hisham 13 tahun, Mohd azrul hisham 11 dan Mohd zaidi badri hisham berumur 8 tahun. Pada hari tersebut Tuan Syed Idris bin Syed Abd Hamid selaku Bendahari Komuniti Bestari telah mengeluarkan perbelanjaan pakaian sekolah manakala YB Dato’ Shamsul Anuar menghulurkan secara peribadi wang saku sekolah untuk anak-anak tersebut.Kelihatan Tuan Syed Idris bin Syed Abdul Hamid sedang memberikan taklimat pada Dato` Shamsul Anuar

Majlis Karnival Belia 2010 di Kampung Luat





Perhimpunan Belia sempena Majlis Karnival Belia 2010 di Pusat Rekreasi Kampung Luat, Lenggong, 33400 Lenggong, Perak selah berlangsung pada 2.1.2010.
Ekspedisi Belia 1 Malaysia telah dihadiri oleh lebih dari 1000 para hadirin yang telah berkumpul sejak dari pagi sehingga ke petang. Acara menarik yang telah diadakan ialah konvoi motosikal serta motokar. Amir UK penduduk asal Kg Luat telah menghiburkan dengan mendendangkan beberapa lagu dari albumnya. Dato' Syamsul telah memberi ucapan perasmian dalam majlis itu
AJK UMNO Bahagian yang turut hadir ialah En. Mohd Ghazali, Tuan Hj Mohd Rafdi Mohd Noor selaku Pengerusi JKK yang juga Setiausaha UMNO Bahagian, Tuan Haji Muhammad bin Wahab AJK Bahagian yang juga Bloggers, Encik Redzuan Amir Hamzah, AJK Bahagian yang juga Pengerusi Belia Lenggong serta AJK Pergerakan Pemuda, AJK Pergerakan Wanita dan juga AJK Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Lenggong